CSR KOSWIP Hingga ke Kampung Cham, Kemboja
KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan bagi membantu pembinaan lantai Sekolah Tahfiz Hafizah di Kampung Prek Bak, Wilayah Bandar Kampung Cham, Kemboja.
Sumbangan CSR ini telah disampaikan oleh Setiausaha KOSWIP, En. Azlan bin Alias kepada Ustaz Muslem Bin Ayub, wakil pihak sekolah, dan dimaklumkan bahawa sumbangan tersebut kini telah selamat sampai ke Kampung Cham, Kemboja bagi membantu usaha pembangunan sekolah tahfiz berkenaan.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada para pelajar dalam menuntut ilmu serta memperkukuhkan lagi usaha melahirkan generasi hafiz dan hafizah pada masa hadapan.
Pihak KOSWIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sumbangan ini. Semoga usaha murni ini diberkati dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di sana.
Tahniah KOSWIP atas usaha kebajikan yang terus melangkaui sempadan negara.



