Umum

KOSWIP Menerajui Langkah Baharu: Pelancaran Van Rasmi & Sesi Inspirasi Kepimpinan

📅 10 Oktober 2026 ✍️ Admin KOSWIP
KOSWIP Menerajui Langkah Baharu: Pelancaran Van Rasmi & Sesi Inspirasi Kepimpinan

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) terus mengorak langkah ke hadapan menerusi penganjuran Mesyuarat Anggota Lembaga bersama Pengerusi dan Setiausaha Kawasan Bil. 3/2026. Acara berprestij ini bukan sahaja menjadi medan perbincangan strategik, malah menyaksikan pelbagai detik penting dalam memperkukuh hala tuju koperasi demi kesejahteraan seluruh ahli.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan pelancaran rasmi van baharu KOSWIP yang disempurnakan oleh Pengerusi KOSWIP, Dato’ Khairul Walid Mohamed. Inisiatif baharu ini menjadi simbolik kepada komitmen koperasi dalam mempertingkatkan aktiviti promosi, memperluas capaian perkhidmatan terus kepada anggota, serta menerajui transformasi perkhidmatan yang lebih mesra dan efisien di seluruh kawasan.

Program ini turut diserikan dengan sesi Bicara Inspirasi bertajuk “Ilmu, Pengalaman dan Kepimpinan (Kepimpinan Bukan Sekadar Jawatan)” yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Siti Zakiah binti Hj. Aman, mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Perkongsian beliau memberikan perspekif baharu bahawa kepimpinan sejati perlu berteraskan ilmu, pengalaman, serta keikhlasan dalam memikul amanah.

Seterusnya, mesyuarat telah dirasmikan oleh Dato’ Khairul Walid Mohamed yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para Pengerusi dan Setiausaha Kawasan atas peranan penting mereka sebagai penghubung utama antara koperasi dan anggota. Selain mengulas prestasi kawasan dan isu-isu semasa, mesyuarat kali ini turut memberi tumpuan kepada pelan strategik untuk mempergiat promosi, memperkukuh keanggotaan, serta memastikan KOSWIP terus berkembang maju demi kesejahteraan bersama.
img_1791962034_jwL0x-sJeQMS.jpg
img_1791962049_v30dPG9EEhp_.jpg
img_1791962060_AoJf-RKt2h3w.jpg

← Kembali ke Senarai Berita
Utama Borang FAQ Lokasi WhatsApp