Majlis Makan Malam Perwakilan KOSWIP 2026
Majlis Makan Malam Perwakilan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 20 Jun 2026, menghimpunkan barisan kepimpinan, perwakilan, warga kerja serta rakan strategik dalam suasana yang penuh mesra dan semangat kekeluargaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail dan turut dihadiri wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jawatankuasa Audit Dalaman, KOSNITA serta warga KOSWIP.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Pembiayaan Al-Murabahah berjumlah RM70,000 dengan kadar serendah 2.75%, yang dijangka memberi manfaat lebih besar kepada anggota. Selain itu, KOSWIP turut mengiktiraf pencapaian cemerlang melalui Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kawasan, dengan Kawasan 13 dinobatkan sebagai Kawasan Terbaik manakala Encik Mahathir bin Hamzah menerima Anugerah Penggerak Terbaik.
Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan majlis termasuk penyampaian penghargaan kepada warga kerja cemerlang, cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa Pakej Umrah Bersama Pengerusi, persembahan Orkes Melayu Rojer, sambutan hari lahir warga KOSWIP kelahiran Jun serta Anugerah Pakaian Terbaik.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada anggota, perwakilan dan rakan strategik, malah berjaya memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan selaras dengan tema “KOSWIP Transformasi Berinovasi”.

