Umum

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOSWIP kali ke-101

πŸ“… 20 Jun 2026 ✍️ Admin KOSWIP
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOSWIP kali ke-101

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-101 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur dalam suasana yang harmoni, teratur dan penuh semangat kebersamaan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Rozdeen bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), yang menzahirkan penghargaan atas pencapaian cemerlang KOSWIP serta kejayaannya mengekalkan kedudukan sebagai antara koperasi terbaik di negara ini.

Turut hadir ialah wakil-wakil SKM, barisan Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, pihak pengurusan dan para perwakilan KOSWIP. Dalam ucapan aluannya, Pengerusi KOSWIP, Dato’ Khairul Walid Mohamed, membentangkan prestasi kewangan dan pencapaian koperasi sepanjang tahun 2025, termasuk pertumbuhan pendapatan, peningkatan keuntungan bersih serta kejayaan mengekalkan status sebagai Koperasi Terbaik Negeri Selangor.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan tahunan, laporan kewangan, usul-usul serta pemilihan Anggota Lembaga bagi sesi baharu. Antara keputusan utama yang diluluskan ialah pembayaran dividen keseluruhan sebanyak 13 peratus kepada anggota, terdiri daripada 8.25 peratus dividen atas Modal Syer dan 4.75 peratus dividen atas Modal Yuran, mencerminkan prestasi kewangan koperasi yang kukuh dan mampan.

Bagi menghargai kehadiran para perwakilan, pelbagai cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah utama berupa Pakej Umrah Bersama Pengerusi KOSWIP. Secara keseluruhannya, MAPT Kali Ke-101 membuktikan kekuatan tadbir urus, kesepakatan kepimpinan dan komitmen anggota dalam memastikan KOSWIP terus berkembang maju serta memberikan manfaat terbaik kepada seluruh anggotanya.

img_1782196926_gLLNRUMb8Utz.jpg

img_1782197073_TVojw-RDky2M.jpg

img_1782197404_QjQdodspINgN.jpg

← Kembali ke Senarai Berita
Utama Borang FAQ Lokasi WhatsApp